Cikgusrt's Blog

Just another WordPress.com weblog

JENIS GENTIAN BUATAN February 24, 2010

Filed under: Gentian Buatan — ieda dayah @ 4:50 am
  • GENTIAN BUATAN

Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.

  •  Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering.

 Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula (diperolehi daripada campuran bahn kimia dengan selulosa daripda kayu atau serpihan kapas) dan sintetik (gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum).

VISKOS

Merupakan gentian yang diperbuat daripada selulosa yang dicampur dengan alkali dan soda kaustik. Negara pengeluar utama viskos ialah Rusia, Jepun, Aerika, Jerman dan Britain.

  • CIRI-CIRI GENTIAN VISKOS
  • KEKUKUHAN

Viskos adalah gentian yang sedehana kukuhnya.kekukuhannya akan merosot sehingga 40% apabila basah. Ketika basak viskos aka memeri, koyak, putus atau pecah. Pengendalian fabric dan pakain viskos perlu diberi perhatian semasa mencucinya.

  • KEKENYALAN

Gentian viskos tidak kenyal, mudah hilang bentuk dan cepat renyuk terutamanya dalam cuaca yang panas dan lembap. Kelembapan ini diatasi engan member rawatan unutk menstabilkan gentian dan mengurangkan kadar kehilangan bentuk.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian viskos merupakan penyerap lembapan yang paling baik antara gentian buatan kerana gentian tersebut mengandungi 10% lembapan dan boleh menyerap sehingga 40% air.

  • PENGALIR HABA

Gentian viskos adalah pengalir haba yang sederhana kerana gentian ini masih dapat mengalirkan haba daripada tubuh.

Fabric viskos boleh diseterika pada suhu yang sederhana. Masalah kerenyukan diatasi dengan menseterika pakaian ketika lembap atau menggunkan seterika stim.

  • TINDAKAN ASID

Asid pekat seperti asid hidroklorik dan asid sulfuric dapat merosakkan gentian viskos dengan cepat. Asid lemah seperti asid asetik dan asid buah-buahan akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci dengan segera.

  • TINDAKAN ALKALI

Gentian viskos tahan dengan tindakan alkali berbanding dengan asid. Tetapi jka gentian terlalu kerap dan lama terdedah kepada tindakan alkali, febrik viskos akan berubah warna dan ini melemahkan gentian. Fabric perlu dicuci dengan agen pencuci yang lembut dan dibilas dengan bersih.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian viskos akan menjadi lemah jika fabric terdedah lama kepada cahaya matahari

  • PROSES MEMBUAT YAN VISKOS

 MERANDAM

Selulosa kayu dipotong menjadi kepingan dan direndam dalam soda kaustik untuk membnetuk selulosa soda. Selulosa soda dipecah dan disimpan unutk pengoksidaan.

PENXANTATAN

Seulosa soda diputar dengankarbon diulfida di dalam drummembnetuk natriun selulosa xantat yang bewarna oren

MELARUT

Natrium selulosa xantat dimasukkan ke dalam larutan soda kaustik untuk membentuk larutan viskos yang bewarna perang.

MENURAS

Larutan viskos dibiarkan pada suhu tertentu untuk beberapa hari bagi memblehkan gentian dipintal. Larutan akan dituras untuk mengeluarkan partikel yang tidak larut.

PEMINTALAN

Larutan viskos dimasukkan ke dalam spinneret supaya viskos mengalir ke dalam takungan asid dan garam untuk dijadikan filament viskos.

Yan viskos akan dibasuh unutk mengeluarkan semua bahan kimia dan dkeringkan.

ASETAT

Asetat adalah gentian yang diperbuat daripada selulosa serpihan kayu dan kapas yang dicampur dengan bahan kimia. Pengeluar utama asetat adalah Amerika, Rusia dan Jepun.

  • CIRI-CIRI GENTIAN ASETAT
  • KEKUKUHAN

Gentian asetat adalah lemah dan akan menjadi lebih lemah apabila basah. Oleh itu fabric asetat perlu dikendalikan dengan cermat ketika mencucinya untuk mengelakkan daripada rosak.

  • KEKENYALAN

Kekenyalan gentian adalah sedererhana. Fabric asetat mudahrenyuk dan ia sesuai unutk pakaian wanita kerana fabrik ini lembut dan dapat tergantung dengan baik.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian asetat dapat menyerap sehingga 12% leembapan. Kandungan lembapan yang rendah menyebabkan fabric mengalami elektrostatik terutamanya dalam kesadaan atmosfera yang kering. Oelh itu fabric asetat cepat kering apabila dicuci.

  • PENGALIR HABA

Gentian asetat adalah pengalir haba yang tidak baik kerana fabrik terasa panas apabila dipakai semasa cuaca panas.

Fabrik asetat memerlukan sedikit haba semasa diseterika kerana suhu ynag tinggi dapat mengecutkan gentian.

  • TINDAKAN ASID

Asid pekat dapat merosakkan gentian dan asid lemah mengubah warna fabric. Oleh itu fabric perlu dicuci segara jika terkena asid.

  • TINDAKAN  ALKALI

Gentian asetat sensitive dengan tindakan alkali terutamanya pada suhu yang panas. Untuk mengelakkan fabrik asetat berubah warna dan pudar, fabrik perlu dicuci dengan air sabun sejuk dan sabun suam dan dibilas denganbersih.

  • KEHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian asetat tahan kepada dedahan cahaya matahari. Sesungguhnya begitu, fabrik asetat perlu disidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan perubahan warna.

  • PROSES MEMBUAT  YAN  ASETAT

RAWATAN AWAL

Selulosa daripada serpihan kayu atau serpihan kapas dirawat dengan asid asetik untuk membuka strukturnya dan menjadikan polimer aktif.

PENGASETILAN

Pengasetilan adalah proses mencampurkanselulosa dengan asid asetik.asid sulfuric bertindak ebagai mangkin untuk membentuk selulosa triasetat.

PEMINTALAN

Sisik selulosa triasetat dilarutkan dalam aseton. Larutan dituras dan dimasukkan ke dalam spinneret, setsrusnya dilakukan pada wap suam. Aseton tersejat dan menghasilkan filament asetat dan yan staple.

 TRIASETAT

Truasetat adalah gentian yang diperbuat daripada sepihan pulpa kayu denagn asetik anhidridadan metilena klorida. Triasetat berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan.

Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan membuat asetat kecuali selulosa asetat akan terus dipintal menjadi filament.

 POLIAMIDA

Bahan asas untuk mambuat poliamida atau nilon adalah arnag batu, udara dan air. Tiga jenis poliamida dikenali sebagai nilon 11, 66 dan 6. Negara pengeluar utama poliamida ialah Amerika, Eropah Barat dan Jepun.

  • CIRI-CIRI GENTIAN POLIAMIDA
  • KEKUKUHAN

Poliamida adalah gentian yang kukuh. Gentiannya keras dan tegun serta tidak begitu sesuai untuk dijadikan pakaian.

  • KEKENYALAN

Kekenyalan dan kepegasan poliamida adalah baik yang menjadikan gentuian liat dan sesuai digunakan sebagai pakaian kalis peluru.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian poliamida adalah penyepar lembapan yang baik, kerana gentian ini dapat menyerap lembapan sehingga 7%. Kandungan lembapan yang sedikit menjadikan poliamida  mudah mengalami elektrostatik dan tidak selesa dipakai.

  • PENEBAT HABA

Poliamida dalah penebat haba yang menjadikannya panas apabila dipakai. Fabric poliamida memerlukan haba yang sedikit ketika diseterika. Ia mudah bertukar warna, jika lama diseterika  dan kerap dicuci.

  • TINDAKAN ASID

Tindakan asid dapat melemahkan poliamida. Pakaian fabric poliamida perlu dicuci secepat mungkin jika terkena asid yang mengubahkan warnanya seperti peluh, asid buah-buahan dan cuka.

  • TINDAKAN ALKALI

Gentian poliamida tahan dengan tindakan alkali tetapi fabric menjadi kuning jika dibiarkan lama di dalamnya. Oleh itu fabric ini perlu dibilas bersih untuk mengelakkannya daripada menjadi kuning.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian poliamida tahan dengan cahaya matahari. Sesungguhnya begitu gentian poliamida perlu disidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan perubahan warna.

  • PROSES MEMBUAT YAN POLIAMIDA

PEMINTALAN CAIR

Arang batu atau petroleum, udara dan air dicampurkan untuk menghasilkan heksametilenadiamina dan asid adipik. Kedua-dua bahan ini dicairkan , kemudian dijadikan pepejal dan dipotong menjadi kepingan polimer poliamida. Polimer poliamida akan dicairkan semula dan dimasukkan ke dalam spinneret. Cecair poliamida yang keluar disejukkan olehaliran udara sejuk untuk dijadikan gentian filament atau gentian staple.

PENIPISAN

Filament diregang atau ditipis, dipintal dan dililit pada gelendung atau dipotong untuk dijadikan staple.

POLIESTER

Bahan asas untuk membuat polyester ialah petroliumdan etilena. Pengeluar utama polyester ialah Amerika, Eropah Barat dan Jepun.

  • CIRI-CIRI GENTIAN  POLIESTER
  • KEKUKUHAN

Gentian polyester adalah gentian yang kukuh walaupun basah. Gentian polyester keras dan kesat, oleh itu gentian tersebut banyak digunakan dalam industry.

  • KEKENYALAN

Gentian yang berat adalah kenyal dan tidak mudah renyuk. Oleh iitu fabric dapat tergantung dengan baik.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Polyester adalah gentian hidrofobik yang hanya dapat menyerap sedikit lembapan sahaja. Ini menyebabkan fabrk ini mudah mengalami elektrostatik.

  • PENEBAT HABA

Gentian polyester adalah penebat haba dan ini menyebabkan gentian ini panas apabila dipakai.fabrik ini hanya memerlukan sedikit haba apabila diseterika.

  • TINDAKAN ASID DAN ALKALI

Asid dan alkali tidak member kesan kepada warna polyester.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian polyester tahan dengan dedahan cahaya matahari dan sesuai digunakan sebagai langsir.

  • PROSES MEMBUAT GENTIAN POLIESTER

Proses membuat gentian poliester adalah sama dengan poliamida. Patrolium dicampurkan dengan asid tereftalik dan dicampur dengan glikoetilina untuk membentuk polimer yang dicairkan, dijadikan pepejal, dipotong dan dikeringkan.

AKRILIK

Bahan asas untuk membuat akrilik ialah petroleum, ammonia dan air. Pengeluar utama ialah Eropah, Jepun dan Amerika.

  • CIRI-CIRI GENTIAN ATRILIK
  • KEKUKUHAN

Kekukuhan gentian atrilik berkurangan sehingga 20% apabila basah.

  • KEKENYALAN

Kekenyalan gentian adalah sederhana kerana fabric akrilik mudah renyuk dan tidak memeri. Fabric ini akan kehilangan bentuk sekiranyaditarik dengan kuat.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian atrilik adalah hidrofobik yang hanya menyerap air sehingga 4% air sahaja. Oleh itu gentian cepat kering dan mudah mengalami elektrostatik serta kekotoran mudah melekat.

  • PENEBAT HABA

Gentian atrilik adalah penebat haba. Gentian ini amat sensitive dan bentuknya mudah hilang pada suhu yang tinggi. Oleh itu fabric akrilik perlu diseterika dengan menggunakan suhu rendah. Akrilik mudah juga berubah warna jika dibasuh dengan air panas.

  • TINDAKAN ASID

Gentian atrilik tahan terhadap tindakan asid.

  • TINDAKAN ALKALI

Alkali dapat mereputkan gentian atrilik jika terdedah terlalu lama. Sungguhpun begitu bahan pencuci di rumah tidak merosakkan fabric atrilik. Fabric yang bewarna putih perlu dibilas dengan rapi untuk mengelakkan fabric daripada menjadi kuning.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian atrilik paling tahan jika didedahkan kepada cahaya matahari dan sesuai dijadikan langsir.

  • PROSES MEMBUAT GENTIAN AKRILIK

PEMBENTUKAN BAHAN ASAS

Pembentukan bahan asas cecair akrilik dihasilkan dengan mencampurkan ammonia, patrolium dan air. Cecair ini dipanaskan dan dilarutkan supaya boleh dipintal.

PENGELUARAN GENTIAN

Bahan larutan dimasukkan ke dalam spinerit dan filament yang terbentuk dikumpulkan di dalam air. Filament diregang, dibasuh, dikering dan dipotong untuk dijadikan yan stapel.

 

Jenis Gentian Asli

Filed under: Gentian Asli — ieda dayah @ 4:08 am

GENTIAN TUMBUHAN
Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.

Terdapat 2 jenis gentian tumbuhan iaitu :

 KAPAS
Pada peringkat awal bunga bewarna kuning muda dan selepas tiga hari bunga akan menjadi merah serta gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehinggasebesar telur ayam.terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur dan akan merekah apabila buah kapas matang.

Kapas dapat dikategorikan kepada beberapa jenis kapas Sea Island dan kapas Mesir untuk membuat benang kapas dan febrik yang ringan seperti betiste.
Kapas Amerika sesuai dijadikan febrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menghasilkan febrik yang berkualiti rendah.

 CIRI-CIRI GENTIAN KAPAS

• KEKUKUHAN
Kapas ialah gentian yang kukuh. Gentian kapas bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan berhablur di dalam selulosa. Kekukuhan ini membolehkan kapas direbus dan diperah ketika dicuci tanpa merosakkan gentian. Kekotoran juga dapat dikeluarkan dengan mudah.

• KEKENYALAN
Kapas adalah gentian yang tidak kenyal. Ini membolehkan pakaian atau artikel mengekalkanbentuknya, tetapi jika diregang melebihi had,gentian kapas tidak akan kembali ke bentuk asal. Ini menyebabakan.

• PENYERAPAN LEMBAPAN
Gentian kapas adalah bersifat hidrofilik.ini bermakna gentian tersebut mudah menyerap lembapan. Febrik kapas mengandungi tujuh peratus lembapan dan dapat menyerap sehingga 21% air. Kebolehan menyerap lembaapn seperti peluh menyebabkan febrik ini selesa dipakai.Gentian kapas sesuai dibuat tuala dan pembalut.

• PENGALIR HABA
Kapas adalah pengalir haba yang baik kerana dapat memindahkan haba tubuh ketika panas dan membuatkan kita merasa sejuk. Ciri-ciri ini membuatkan febrik kapas diseterika pada suhu yang tinggi.

• TINDAKAN ASID
Asid pekat seperti asid hidroklorik dan sulfuric akan melen]mahkan dan merosakkan febrik. Asid lemah seperti asid astetik dalam cukadan asid buah-buahan tidak meninggalkan kesan kepada febrik sekiranya pakaian dicuci segera.

• TINDAKAN ALKALI
Gentian kapas tahan kepada alkali seperti sabun dan agen pencuci.tetapi febrik kapas perlu dibilas sehingga bersih untuk mengelakkan perubahan warna. Pakaian kapas yang bewarna putih akan bertukar menjadi kuning jika tidak dibilas dengan bersih.

• KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI
Cahaya matahari tidak memberi kesan kepada gentian kapas. Sekiranya warna pakaian menjadi pudar selepas dijemurianya kerana pewarna yang tidak berkualiti.

PROSES PEMBUATAN KAPAS

I. PENGASINGAN
Selepas kapas dipetik, proses memisahkan gentian kapas daripada biji benih dikenal sebagai pengasingan.

Kapas berbiji dimasukkan di dalam mesen yang mempunyai gigi gergaji untuk mencengkau gentian dan menariknya ke dalam beberapa lubang sempit. Biji kapas yang bersaiz besar tidak dapat masuk ke dalam lubang dan gentian dipisahkan daripada biji.

Untuk memudahkan memudahkan pengangkutan ke kilang tekstil, gentian kapas dimampatkan menjadi bebrapa bendela, kemudian digred mengikut standard yang berasasakan purata panjang, kebersihan, pemutihan, kehalusan, kekuatan dan kematangan.

II. PENYERAPAN LEMBAPAN
Di kilang bendela dibuka dan dimasukkan ke dalam mesin khas supaya jenis kapas dapat diadun bersama. Gentian kapas dileraikan menjadi lapisan nipis yang dinamakan lap. Pada masa yang sama, benda asing seperti pasir, cebisan daun dan butir-butir biji dikeluarkan.

III. PESYISIRAN
Lap ini dimasukkan ke dalam sebuah silinder berputar yang bergigi yang akan menarik lapisan tersebut. Proses ini adalah untuk meluruskan gentian yang panjang. Gentian yang pendek dikeluarkan dan disisir semula untuk dijadikan spun kapas.

IV. PENIPISAN
Proses penipisan ini melibatkan penyusunan gentian mengikut susunan selari melalui penggelek yang menipiskan gentian untuk dijadikan yan.

V. PEMINTALAN
Yan dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik.

 LINEN
Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Gentian yang baik didapati semasa pokok merbunga atau ketika batangnya bewarna hijau.
Gentian fleks menghasilkan urai dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, berkilat dan ia digunakan untuk membuat febrik batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga dan pakaian.
Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut dan terasa panas apabila dipegang dan ia digunakan unutk membuat pakain, cadar dan tuala.

 CIRI-CIRI GENTIAN LINEN

• KEKUKUHAN
Linen merupakan gentian yang paliang kukuh antara gentian asli yang lain. Kekukuhannya bertambah semasa basah kerana permukaan selnya yang berpoligon.

• KEKENYALAN
Gentian linen tidak kenyal dan gentian dengan ini fabric linen dapat mengekalkan bentuk. Ciri ini juga menyebabkan pakaian lebih mudah renyuk dan pakaian tidak tergantung dengan elok. Pereka fenyen mengatasi masalah ini dengan menggunakan stail pakaian yang ringkas.

• PENYERAP LEMBAPAN
Kebolehan linen menyerap lembapan menjadikan fabrik linen selesa dipakai. Linen dapat menyerap hingga 20% air. Gentian linen akan kering dengan lebih cepat berbanding dengan kapas kerana gentian linen kurang mempunyai ruang berongga.

• PENGALIR HABA
Gentian linen adalah pengalir haba yang baik kerana permukaan linen yang tidak licin menggasilkan sentuhan maksima dengan kulit. Oleh itu, haba dapat dialirkan bagi mengimbangkan suhu tubuh.

Oleh kerana linen adalah pengalir haba yang baik, fabric linen diseterika pada suhu yang tinggi. Walaupun linen tahan pada tindak balas haba tetapi penggunaan air panas dan wap yang terlalu kerap dapat memecahkan lilin dang am yang terdapat dalam sel gentian dan merosakkannya.

• TINDAKAN ASID
Linen mudah dirosakkan oleh asid pekat tetapi asid lemah tidak member sebarang kesan padanya.

• TINDAK BALAS ALKALI
Gentian linen tahan dengan tindakan alkali, tetapi sekiranya fabrik linen terlalu kerap dicuci, bahan alkali akan memecahkan kandungan linen dan gam pada gentian. Ini menyebabakan warna gentian menjadi pudar. Sekiranya bahan alkali digunakan sebagai agen pencuci, fabric perlu dibilas dengan bersih untuk mengelakkan gentian daripada bertukar warna.

• KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI
Gentian line tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari.

 PROSES MEMBUAT YEN LINEN

I. PEREPUTAN
Pokok fleks yang matang dicabut dan bahagian batang direputkan untuk mendapatkan gentian. Proses meputkan ini dapat dijalankan dengan menggunakan satu daripada tiga cara berikut:
• Mengembunkan batang fleks
• Merendamnya di dalam tangki dalam keadaan yang terkawal
• Menggunakan bahan kimia
Warna dan kualiti linen bergantung kepada cara dan keadaan rendaman.jika gentian fleks direndam terlalu lama, gentian akan rosak.

II. PEMBANTINGAN
Proses pembantingan bertujuan untuk mengasingkan bahagian kulit batang daripada gentian fleks dengan menggunakan mesin.

III. PENYISIRAN
Gentian disisir untuk meluruskan dan mengeluarkan gentian yang pendek. Gentian panjang yang terbentuk hasil daripada proses ini dipanggil yan urai. Gentian yang pendek dinamakan tow dan digunkan untuk membuat fabrik yang kurang bermutu.

IV. PENIPISAN
Yan urai dan tow ditipiskan dengan penggelek untuk mengurangkan ketebalan gentian.

V. PEMINTALAN
Yan diwapkan bagi melonggarkan gan asli gentian. Ini akan memudahkan beberapa lembar yan dipintal dan dlilit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik.

GENTIAN HAIWAN

Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.

 SUTERA

Dalam jangka masa tiga hingga tujuh hari, telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.

Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein (fibrion) dan membentuk dua filament sutera yang akan kering apabila terdedah di udara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang melekatkan kedua-dua filament.

 Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka lapan sehingga terbentuk kokun. Dalam proses membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompong menebuk kokun yang boleh memendekkan filament dan merendahkan kualiti sutera.

 

  • CIRI-CIRI FILAMEN SUTERA
  • KEKUKUHAN

Sutera adalah gentian yang kukuh. Tetapi ketika basah sutera akan kehilangan 20% kekukuhannya. Oleh itu sutera perlu diberi perhatian ketika dicuci .

  • KEKENYALAN

Kekenyalan sutera bergantung kepada kualiti. Sutera yang baik tidak mudah renyuk. Kuasa memeri yang terdapat pada sutera menjadikan fabric sutera tergantung dengan elok.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Fabric sutera adalah ringan, menyerap haba dengan baik dan membolehkan lembapan kering dengan cepat. Oleh kerana permukaan sutera licin dan berupaya menyerap 20% air menjadikan fabric sutera selesa dipakai.

  • PENGALIR HABA

Sutera adalah pengalir haba yang kurang baik dan dapat mengekalka suhu tubuh normal walaupun suhu udara terlalu tinggi atau rendah. Permukaan fabric sutera yang licin member sentuhan yang maksima kepada kulit, menjadikan fabrik dirasai sejuk.

 Fabrik sutera amat sensitive kepada suhu yang tinggi. Sutera hanya memerlukan suhu yang rendah ketika diseterika. Suhu yang tinggi ketika mencuci akan memudarkan warna fabrik.

  • TINDAKAN ASID

Bahan yang mengandungi asid dan garam seperti peluh, buah-buahan, agen pencuci dapat merosakkan sutera. Fabric yang terkena bahan yang mengandungi asid dan garam mesti dicuci dengan segera. Elakkan daripada menggunakan agen pencuci yang mengandungi asid pekat.

  • TINDAKAN ALKALI

Tindakan alkali dapat melemahkan dan merosakkan sutera. Sutera memerlukan agen pencuvi yang lemut.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Sutera tidak tahan kepada dedahan cahaya matahari kerana cahaya matahari dapat menguningkan atau memudarkan warna sutera. Fabrik sutera perlu dikeringkan ditempat teduh.

  • PROSES MENBUAT YAN SUTERA 

PENGGULUNAGAN

Kokun dimasukkan di dalam air panas untuk melembutkan serikin. Permukaan kokun direbus untuk mendapatkan hujung filament dan dilekatkan pada roda penggulung yang akan menggulunghingga habis. Filament yang diperolehi terus daripada kokun dipanggilsutera mentah.

NYAHGAM

Sutera yang licin dan berkilau diperolehi dengan mengeluarkanserikin daripada sutera mentah. Serikin ditinggalkan dengan cara merebusnya di dalam air beralkali. Proses ini mengurangkan berat sutera sehingga 20%.

PEMINTALAN

Yan sutera dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterunya ditenun menjadi fabric.

#  BULU BIRI-BIRI

Bulu biri-biri terdiri daripada lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atas terdiri daripada bulu biri-bir yang panjang dan lurus.

 Lapisan bawah pula terdiri daripada bulu biri yang pendek, lebih lembut dan kerinting. Bulu biri-biri lapisan bawah yang tebal dapat memerangkapbanyak udara yang menjadikannya lebih panas.

 Kualiti bulu biri-biri bergantung kepada baka, cara penternakan, dan persekitaran. Bulu biri-biri biasanya terdiri daripda tiga jenis iaitu Merino (halus, lembut dansangan kerinting), Lincoin (panjang, kasar dan berkilau) dan Kacukan (panjang, tebal, kurang lemut dankurang kerinting)

 

  • CIRI-CIRI GENTIAN BULU BIRI-BIRI
  • KEKUKUHAN

Bulu biri-biri adalah gentian yang kurang kukuh dan kekukuhannya berkurangan sehingga 20% ketika basah. Dalamkeadaan basah, gentian menjadi lembut dan akan memeri jika tidak dikawal.

  • KEKENYALAN

Daya kekenyalan kepegasanbulu biri-biri adalah baik. Ini menjadikan fabric bulu biri tidak renyuk. Kerenyukan yang sedikit dapat dihilangakn dengan menggentungkan pakaian. Kerenyukan yang banyak dapat diatsi dengan menggunkan seterika stin atau kain lembap yang diletakkan di atas pakaian sebelum diseterika. Lipasan lesu pada fabric ini kekal jika diseterika.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Bulu biri-biri adalah gentian asli yang dpat menyerap lembapan dengan baik. Ini kerana bulu biri-biriberupaya menyerap sehingga 30% air. Gentian bulu biri-biri dapat mengeluarkan haba apabila pakaian yang kering menyerap lembapan daripada udara pada musim sejuk.lembapan akan tersejat dengan perlahan.

  • PENEBAT HABA

Sisik yang terdapat pada gentian bulu biri-biri dapat memerangkapudara. Ini membolehkan bulu biri-biri menjadi penebat haba yang baik. Gentian bulu biri-biri tidak mudah terbakar dan menyala perlahan dalam api yang kecil.

Semasa menseterika, febrik bulu biri-biri memerlukan haba ynag sedikit. Haba yang tinggi dan kekerapan menseterika dapat memudah dan memudarkan warna gentian.

  • TINDAKAN ASID

Asid lemah tidak merosakkan gentian bulu biri-biri. Penggunaan asid lemah, jus lemon dan cuka dalam bilasan terekhir semasa mencuci dapat memperbaiki warna dan member keselesaankepada pemakai.

  • TINDAKAN ALKALI

Alkali dapat merosakkan gentian bulu biri-biri. Oleh itu, fabrik bulu biri-biri

Perlu menggunakan agen pencuci yang khusus atau dibilas dengan sempurna jika menggunakan agen pencuci alkali.

  • KETAHANAN  TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian bulu biri-biri yang terdedah lama kepada cahaya matahari akan menjadi kasar, kuning, keras dan reput.

  • PROSES MEMBUAT GENTIAN BULU BIRI-BIRI                                                                                      

PENGASINGAN

Bulu biri-biri dicukur dan diasingkan mengikut panjang, mutu, warna dan kehalusan. Kemudian bulu biri-biri tersebut dibungkus dan dihantar ke kilang unutk diproses.

PEMBERSIAHAN

Di kilang bulu-bulu yang kotor dibasuh dengan air suam bersabun dan dibilas bersih.

KORBONASI

Merupakan proses melakukan gentian bulu di dalam larutan dua peratus hingga lima peratus asid sulfuric untuk menghancurkan bahan tumbuhan. Gentian bulu kemudiannyadinutralkan di dalam alkali yang cair dan dikeringkan pada wap panas.

PENIPISAN

Yan worstad ialah gentian panjang yang disisir dan disusun selari. Gentian dimasukkan ke dalam nmesin penggelek supaya menjadi lebih halus. Beberapa gentian dicampur dan dipintal unutk ditenun menjadi febrik yang halus dan licin.

Yan worsted adalah bermutu tinggi berbanding dengan yan bulu biri-biri.

PEMINTALAN   

Yan bulu biri-biri adalah gentian yang pendek, ditipiskan dan dipintal secra longgar unutk dibuat benang dan seetrusnya ditenun menjadi fabrik atau dikait untuk dibuat pakaian.

 

Filed under: Gentian Asli — ieda dayah @ 3:35 am

GENTIAN ASLI
Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan terbahagi kepaad dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

 

Jenis-jenis Gentian

Filed under: Jenis Gentian — ieda dayah @ 3:10 am

GENTIAN ASLI
Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan terbahagi kepaad dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.

Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.

GENTIAN BUATAN
Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filamen.
• Terdapat 3 cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah :
 Pintalan cair
 Pintalan basah
 Pintalan kering

Gentian buatan dapat dibahagikan kepada :
i. Selulosa terjana semula (viskos, asetat dan triasetat)
ii. Sintetik (poliamida, poliester, akrilik)

 

February 22, 2010

Filed under: Kajian Jenis Fabrik — ieda dayah @ 8:27 am

Kajian ialah satu eksperimen yang dijalankan bagi mencari sesuatu jawapan.

Dalam menghasilkan fabrik juga kita perlu menjalankan kajian yang tertentu. Antara kajian yang dihasilkan ialah :

 GENTIAN ASLI
Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan terbahagi kepaad dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.

Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.

 GENTIAN BUATAN
Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.

Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering.

Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula (diperolehi daripada campuran bahn kimia dengan selulosa daripda kayu atau serpihan kapas) dan sintetik (gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum).

 

Filed under: Faktor Pemilihan Pakaian — ieda dayah @ 8:11 am

Dalam memilih pakaian juga terdapat faktor-faktor yang perlu di ambil kira.

Antara faktor-faktor ialah :

• KEPERLUAN FISIOLOGI
Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim panas dan sejuk. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungikulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh.
Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contohnya pakaian wanita yang sedang mengandung perlulah longgar dan mempunyai stail yang ringkas agar mereka selesa memakainya.

Pemlihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh seseorang kelihatan lebih menarik. Contohnya jika seseorang bertubuh kurus dan langsing corak febrik yang sesuai ialah jalur melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang dan mengikut stail pakaian yang kenbang sesuai untuknya begitu juga sebaliknya untuk seseorang yang bertubuh gempal.

• PENDIDIKAN
Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman.

• GIOGRAFI
Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas, febrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah febrik yang dapat menyerap lembapandan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara.

Pakaian tebal daripada febrik buli biri-biri atau kulit diperlukandi negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udaradan mengekalkan haba tubuh.

• PENDAPATAN KELUARGA
Febrik yang eksklusif yang diperbuat daripada febrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkanstatus atau pendapatan seseorang.

• BUDAYA DAN AGAMA
Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Pakaian tradisional ini digenerasikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya tetapi diubahsuai mengikut peredaran zaman.
Contohnya, kebaya ialah pakaian tradisi orang Melayu, ceongsam adalah pakaian tradisi orang Cina dan sari adalah pakaian orang India.

Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi agama lain mereka memiliki ketetapan pakaian masing-masing. Selain itu, warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakaian member pengertian member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.

• KEMAJUAN TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siapdikeluarkan denagn mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai febrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga.

Perkembangan media massa seperti filem dan video turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu.

• KEPERLUAN SOSIAL
Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada msa atau keadaan tertentu.
Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk rasmi dan pakaian seragam unutk menjalankan tugas tertentu.

 

Pakaian

Filed under: Peranan Pakaian — ieda dayah @ 7:14 am

Pengenalan..

apa itu pakaian?

Pakaian :
Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.
Manusia juga menghiaskan badan-badan mereka dengan mekap atau kometik, minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengeset rambut, bulu roma muka, dan badan (sila lihat fesyen rambut), dan kekadang juga menandakan kulit mereka dengan tatu, pelelasan, dan penyucukan. Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.
Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian. Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.

 

Hikayat ku

Filed under: Hikayat ku — ieda dayah @ 7:03 am

Assalammualaikum kepada semua yang mengunjungi blog ini….

Blog ini dihasilkan bagi memenuhi subjek STE 3001. Selain itu, penghasilan blog ini khas untuk para pelajar kos Sains Rumahtangga (SRT). Di dalam blog ini saya paparkan sedikit sebanyak maklumat tentang pakaian. Di sini saya mengalu-alukan kepada semua untuk memberi komen-komen yang bernas bagi tujuan membaikkan lagi blog ini.