Cikgusrt's Blog

Just another WordPress.com weblog

February 22, 2010

Filed under: Kajian Jenis Fabrik — ieda dayah @ 8:27 am

Kajian ialah satu eksperimen yang dijalankan bagi mencari sesuatu jawapan.

Dalam menghasilkan fabrik juga kita perlu menjalankan kajian yang tertentu. Antara kajian yang dihasilkan ialah :

 GENTIAN ASLI
Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan terbahagi kepaad dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.

Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.

 GENTIAN BUATAN
Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.

Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering.

Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula (diperolehi daripada campuran bahn kimia dengan selulosa daripda kayu atau serpihan kapas) dan sintetik (gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum).

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s