Cikgusrt's Blog

Just another WordPress.com weblog

February 22, 2010

Filed under: Kajian Jenis Fabrik — ieda dayah @ 8:27 am

Kajian ialah satu eksperimen yang dijalankan bagi mencari sesuatu jawapan.

Dalam menghasilkan fabrik juga kita perlu menjalankan kajian yang tertentu. Antara kajian yang dihasilkan ialah :

 GENTIAN ASLI
Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan terbahagi kepaad dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.

Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.

 GENTIAN BUATAN
Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.

Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering.

Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula (diperolehi daripada campuran bahn kimia dengan selulosa daripda kayu atau serpihan kapas) dan sintetik (gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum).

 

Filed under: Faktor Pemilihan Pakaian — ieda dayah @ 8:11 am

Dalam memilih pakaian juga terdapat faktor-faktor yang perlu di ambil kira.

Antara faktor-faktor ialah :

• KEPERLUAN FISIOLOGI
Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim panas dan sejuk. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungikulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh.
Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contohnya pakaian wanita yang sedang mengandung perlulah longgar dan mempunyai stail yang ringkas agar mereka selesa memakainya.

Pemlihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh seseorang kelihatan lebih menarik. Contohnya jika seseorang bertubuh kurus dan langsing corak febrik yang sesuai ialah jalur melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang dan mengikut stail pakaian yang kenbang sesuai untuknya begitu juga sebaliknya untuk seseorang yang bertubuh gempal.

• PENDIDIKAN
Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman.

• GIOGRAFI
Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas, febrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah febrik yang dapat menyerap lembapandan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara.

Pakaian tebal daripada febrik buli biri-biri atau kulit diperlukandi negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udaradan mengekalkan haba tubuh.

• PENDAPATAN KELUARGA
Febrik yang eksklusif yang diperbuat daripada febrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkanstatus atau pendapatan seseorang.

• BUDAYA DAN AGAMA
Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Pakaian tradisional ini digenerasikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya tetapi diubahsuai mengikut peredaran zaman.
Contohnya, kebaya ialah pakaian tradisi orang Melayu, ceongsam adalah pakaian tradisi orang Cina dan sari adalah pakaian orang India.

Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi agama lain mereka memiliki ketetapan pakaian masing-masing. Selain itu, warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakaian member pengertian member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.

• KEMAJUAN TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siapdikeluarkan denagn mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai febrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga.

Perkembangan media massa seperti filem dan video turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu.

• KEPERLUAN SOSIAL
Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada msa atau keadaan tertentu.
Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk rasmi dan pakaian seragam unutk menjalankan tugas tertentu.

 

Pakaian

Filed under: Peranan Pakaian — ieda dayah @ 7:14 am

Pengenalan..

apa itu pakaian?

Pakaian :
Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.
Manusia juga menghiaskan badan-badan mereka dengan mekap atau kometik, minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengeset rambut, bulu roma muka, dan badan (sila lihat fesyen rambut), dan kekadang juga menandakan kulit mereka dengan tatu, pelelasan, dan penyucukan. Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.
Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian. Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.