Cikgusrt's Blog

Just another WordPress.com weblog

JENIS GENTIAN BUATAN February 24, 2010

Filed under: Gentian Buatan — ieda dayah @ 4:50 am
  • GENTIAN BUATAN

Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.

  •  Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering.

 Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula (diperolehi daripada campuran bahn kimia dengan selulosa daripda kayu atau serpihan kapas) dan sintetik (gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum).

VISKOS

Merupakan gentian yang diperbuat daripada selulosa yang dicampur dengan alkali dan soda kaustik. Negara pengeluar utama viskos ialah Rusia, Jepun, Aerika, Jerman dan Britain.

  • CIRI-CIRI GENTIAN VISKOS
  • KEKUKUHAN

Viskos adalah gentian yang sedehana kukuhnya.kekukuhannya akan merosot sehingga 40% apabila basah. Ketika basak viskos aka memeri, koyak, putus atau pecah. Pengendalian fabric dan pakain viskos perlu diberi perhatian semasa mencucinya.

  • KEKENYALAN

Gentian viskos tidak kenyal, mudah hilang bentuk dan cepat renyuk terutamanya dalam cuaca yang panas dan lembap. Kelembapan ini diatasi engan member rawatan unutk menstabilkan gentian dan mengurangkan kadar kehilangan bentuk.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian viskos merupakan penyerap lembapan yang paling baik antara gentian buatan kerana gentian tersebut mengandungi 10% lembapan dan boleh menyerap sehingga 40% air.

  • PENGALIR HABA

Gentian viskos adalah pengalir haba yang sederhana kerana gentian ini masih dapat mengalirkan haba daripada tubuh.

Fabric viskos boleh diseterika pada suhu yang sederhana. Masalah kerenyukan diatasi dengan menseterika pakaian ketika lembap atau menggunkan seterika stim.

  • TINDAKAN ASID

Asid pekat seperti asid hidroklorik dan asid sulfuric dapat merosakkan gentian viskos dengan cepat. Asid lemah seperti asid asetik dan asid buah-buahan akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci dengan segera.

  • TINDAKAN ALKALI

Gentian viskos tahan dengan tindakan alkali berbanding dengan asid. Tetapi jka gentian terlalu kerap dan lama terdedah kepada tindakan alkali, febrik viskos akan berubah warna dan ini melemahkan gentian. Fabric perlu dicuci dengan agen pencuci yang lembut dan dibilas dengan bersih.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian viskos akan menjadi lemah jika fabric terdedah lama kepada cahaya matahari

  • PROSES MEMBUAT YAN VISKOS

 MERANDAM

Selulosa kayu dipotong menjadi kepingan dan direndam dalam soda kaustik untuk membnetuk selulosa soda. Selulosa soda dipecah dan disimpan unutk pengoksidaan.

PENXANTATAN

Seulosa soda diputar dengankarbon diulfida di dalam drummembnetuk natriun selulosa xantat yang bewarna oren

MELARUT

Natrium selulosa xantat dimasukkan ke dalam larutan soda kaustik untuk membentuk larutan viskos yang bewarna perang.

MENURAS

Larutan viskos dibiarkan pada suhu tertentu untuk beberapa hari bagi memblehkan gentian dipintal. Larutan akan dituras untuk mengeluarkan partikel yang tidak larut.

PEMINTALAN

Larutan viskos dimasukkan ke dalam spinneret supaya viskos mengalir ke dalam takungan asid dan garam untuk dijadikan filament viskos.

Yan viskos akan dibasuh unutk mengeluarkan semua bahan kimia dan dkeringkan.

ASETAT

Asetat adalah gentian yang diperbuat daripada selulosa serpihan kayu dan kapas yang dicampur dengan bahan kimia. Pengeluar utama asetat adalah Amerika, Rusia dan Jepun.

  • CIRI-CIRI GENTIAN ASETAT
  • KEKUKUHAN

Gentian asetat adalah lemah dan akan menjadi lebih lemah apabila basah. Oleh itu fabric asetat perlu dikendalikan dengan cermat ketika mencucinya untuk mengelakkan daripada rosak.

  • KEKENYALAN

Kekenyalan gentian adalah sedererhana. Fabric asetat mudahrenyuk dan ia sesuai unutk pakaian wanita kerana fabrik ini lembut dan dapat tergantung dengan baik.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian asetat dapat menyerap sehingga 12% leembapan. Kandungan lembapan yang rendah menyebabkan fabric mengalami elektrostatik terutamanya dalam kesadaan atmosfera yang kering. Oelh itu fabric asetat cepat kering apabila dicuci.

  • PENGALIR HABA

Gentian asetat adalah pengalir haba yang tidak baik kerana fabrik terasa panas apabila dipakai semasa cuaca panas.

Fabrik asetat memerlukan sedikit haba semasa diseterika kerana suhu ynag tinggi dapat mengecutkan gentian.

  • TINDAKAN ASID

Asid pekat dapat merosakkan gentian dan asid lemah mengubah warna fabric. Oleh itu fabric perlu dicuci segara jika terkena asid.

  • TINDAKAN  ALKALI

Gentian asetat sensitive dengan tindakan alkali terutamanya pada suhu yang panas. Untuk mengelakkan fabrik asetat berubah warna dan pudar, fabrik perlu dicuci dengan air sabun sejuk dan sabun suam dan dibilas denganbersih.

  • KEHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian asetat tahan kepada dedahan cahaya matahari. Sesungguhnya begitu, fabrik asetat perlu disidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan perubahan warna.

  • PROSES MEMBUAT  YAN  ASETAT

RAWATAN AWAL

Selulosa daripada serpihan kayu atau serpihan kapas dirawat dengan asid asetik untuk membuka strukturnya dan menjadikan polimer aktif.

PENGASETILAN

Pengasetilan adalah proses mencampurkanselulosa dengan asid asetik.asid sulfuric bertindak ebagai mangkin untuk membentuk selulosa triasetat.

PEMINTALAN

Sisik selulosa triasetat dilarutkan dalam aseton. Larutan dituras dan dimasukkan ke dalam spinneret, setsrusnya dilakukan pada wap suam. Aseton tersejat dan menghasilkan filament asetat dan yan staple.

 TRIASETAT

Truasetat adalah gentian yang diperbuat daripada sepihan pulpa kayu denagn asetik anhidridadan metilena klorida. Triasetat berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan.

Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan membuat asetat kecuali selulosa asetat akan terus dipintal menjadi filament.

 POLIAMIDA

Bahan asas untuk mambuat poliamida atau nilon adalah arnag batu, udara dan air. Tiga jenis poliamida dikenali sebagai nilon 11, 66 dan 6. Negara pengeluar utama poliamida ialah Amerika, Eropah Barat dan Jepun.

  • CIRI-CIRI GENTIAN POLIAMIDA
  • KEKUKUHAN

Poliamida adalah gentian yang kukuh. Gentiannya keras dan tegun serta tidak begitu sesuai untuk dijadikan pakaian.

  • KEKENYALAN

Kekenyalan dan kepegasan poliamida adalah baik yang menjadikan gentuian liat dan sesuai digunakan sebagai pakaian kalis peluru.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian poliamida adalah penyepar lembapan yang baik, kerana gentian ini dapat menyerap lembapan sehingga 7%. Kandungan lembapan yang sedikit menjadikan poliamida  mudah mengalami elektrostatik dan tidak selesa dipakai.

  • PENEBAT HABA

Poliamida dalah penebat haba yang menjadikannya panas apabila dipakai. Fabric poliamida memerlukan haba yang sedikit ketika diseterika. Ia mudah bertukar warna, jika lama diseterika  dan kerap dicuci.

  • TINDAKAN ASID

Tindakan asid dapat melemahkan poliamida. Pakaian fabric poliamida perlu dicuci secepat mungkin jika terkena asid yang mengubahkan warnanya seperti peluh, asid buah-buahan dan cuka.

  • TINDAKAN ALKALI

Gentian poliamida tahan dengan tindakan alkali tetapi fabric menjadi kuning jika dibiarkan lama di dalamnya. Oleh itu fabric ini perlu dibilas bersih untuk mengelakkannya daripada menjadi kuning.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian poliamida tahan dengan cahaya matahari. Sesungguhnya begitu gentian poliamida perlu disidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan perubahan warna.

  • PROSES MEMBUAT YAN POLIAMIDA

PEMINTALAN CAIR

Arang batu atau petroleum, udara dan air dicampurkan untuk menghasilkan heksametilenadiamina dan asid adipik. Kedua-dua bahan ini dicairkan , kemudian dijadikan pepejal dan dipotong menjadi kepingan polimer poliamida. Polimer poliamida akan dicairkan semula dan dimasukkan ke dalam spinneret. Cecair poliamida yang keluar disejukkan olehaliran udara sejuk untuk dijadikan gentian filament atau gentian staple.

PENIPISAN

Filament diregang atau ditipis, dipintal dan dililit pada gelendung atau dipotong untuk dijadikan staple.

POLIESTER

Bahan asas untuk membuat polyester ialah petroliumdan etilena. Pengeluar utama polyester ialah Amerika, Eropah Barat dan Jepun.

  • CIRI-CIRI GENTIAN  POLIESTER
  • KEKUKUHAN

Gentian polyester adalah gentian yang kukuh walaupun basah. Gentian polyester keras dan kesat, oleh itu gentian tersebut banyak digunakan dalam industry.

  • KEKENYALAN

Gentian yang berat adalah kenyal dan tidak mudah renyuk. Oleh iitu fabric dapat tergantung dengan baik.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Polyester adalah gentian hidrofobik yang hanya dapat menyerap sedikit lembapan sahaja. Ini menyebabkan fabrk ini mudah mengalami elektrostatik.

  • PENEBAT HABA

Gentian polyester adalah penebat haba dan ini menyebabkan gentian ini panas apabila dipakai.fabrik ini hanya memerlukan sedikit haba apabila diseterika.

  • TINDAKAN ASID DAN ALKALI

Asid dan alkali tidak member kesan kepada warna polyester.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian polyester tahan dengan dedahan cahaya matahari dan sesuai digunakan sebagai langsir.

  • PROSES MEMBUAT GENTIAN POLIESTER

Proses membuat gentian poliester adalah sama dengan poliamida. Patrolium dicampurkan dengan asid tereftalik dan dicampur dengan glikoetilina untuk membentuk polimer yang dicairkan, dijadikan pepejal, dipotong dan dikeringkan.

AKRILIK

Bahan asas untuk membuat akrilik ialah petroleum, ammonia dan air. Pengeluar utama ialah Eropah, Jepun dan Amerika.

  • CIRI-CIRI GENTIAN ATRILIK
  • KEKUKUHAN

Kekukuhan gentian atrilik berkurangan sehingga 20% apabila basah.

  • KEKENYALAN

Kekenyalan gentian adalah sederhana kerana fabric akrilik mudah renyuk dan tidak memeri. Fabric ini akan kehilangan bentuk sekiranyaditarik dengan kuat.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian atrilik adalah hidrofobik yang hanya menyerap air sehingga 4% air sahaja. Oleh itu gentian cepat kering dan mudah mengalami elektrostatik serta kekotoran mudah melekat.

  • PENEBAT HABA

Gentian atrilik adalah penebat haba. Gentian ini amat sensitive dan bentuknya mudah hilang pada suhu yang tinggi. Oleh itu fabric akrilik perlu diseterika dengan menggunakan suhu rendah. Akrilik mudah juga berubah warna jika dibasuh dengan air panas.

  • TINDAKAN ASID

Gentian atrilik tahan terhadap tindakan asid.

  • TINDAKAN ALKALI

Alkali dapat mereputkan gentian atrilik jika terdedah terlalu lama. Sungguhpun begitu bahan pencuci di rumah tidak merosakkan fabric atrilik. Fabric yang bewarna putih perlu dibilas dengan rapi untuk mengelakkan fabric daripada menjadi kuning.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian atrilik paling tahan jika didedahkan kepada cahaya matahari dan sesuai dijadikan langsir.

  • PROSES MEMBUAT GENTIAN AKRILIK

PEMBENTUKAN BAHAN ASAS

Pembentukan bahan asas cecair akrilik dihasilkan dengan mencampurkan ammonia, patrolium dan air. Cecair ini dipanaskan dan dilarutkan supaya boleh dipintal.

PENGELUARAN GENTIAN

Bahan larutan dimasukkan ke dalam spinerit dan filament yang terbentuk dikumpulkan di dalam air. Filament diregang, dibasuh, dikering dan dipotong untuk dijadikan yan stapel.

About these ads
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.